Bangunan
yang tertinggi di Perancis dan menjadi simbol kepada negara itu,
"Menara Eiffel" atau lebih diberi jolokan "Menara besi" kerana hampir
keseluruhannya bahan binaannya adalah daripada besi. Dibina oleh
jurutera hebat yang bernama "Gustave Eiffel", Menara Eiffel mendapat
namanya dari pembuatnya bagi mengenang jasa beliau. Keunikan monumen ini
telah memukau mata dunia dan telah mengamit ramai pelawat hingga
dikatakan Menara yang sering dikunjungi di dunia iaitu sebanyak
6,428,441 pelawat dan lebih 200 juta sejak ia siap dibina.
Dibuka
dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki
ketinggian 300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat 'Antena
Televisyen' setinggi 24 m ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
Selain digunakan untuk perlancongan Menara Eiffel juga dijadikan Menara
Pemerhati. Memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas.

Keadaan Menara Eiffel ketika dalam pembinaan
Fakta Menarik Menara Eiffel
- Lif
memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat
ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika
dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah
kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.
- Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun
1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan
asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong
sehingga 18 sm.
- Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7
tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani
sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah
dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan
dengan warna lagit Paris.
- Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel"
mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan
sendiri bendera Perancis.
0 komentar:
Posting Komentar